Monday 23 February 2015

selepas result SPM

 
 
yahh, salam hari Selasa dan tinggal 7 hari lagi untuk hari keputusan SPM, means Selasa depan la result-nya itu. Aku dah penat nak fikir result ni sebenarnya sebab lagi fikir lagi risau, lagi risau lagi over thinking, lagi over thinking lagi mental. so apa apa hal bertawakal sahaja dan redha dengan apa yang bakal kita dapat. Berdoa tu jangan lupa. PENTING ! memang penting sepenting penting aku capslock kan perkataan penting tu. 

aku rasa majoriti dah isi UPU, matrikulasi, IPG and so on tapi UPU i'm not filled it yet. aku isi lepas dapat result. dapat 3 hari bulan , due date isi UPU 8 hari bulan. so insyaAllah tak ada masalah. 

now, focusing on UPU. aku dah ada buat research pasal universiti yang ada program asasi. yaa asasi.. aku ni tak begitu minat dengan biology, and kebetulan aku ada baca brochure UIAM punya program asasi yang tak ada biology but still in aliran science which is asasi sains fizikal dan ijazah yang ditawarkan pula ada yang aku suka yakni Chemical Science. yaa aku tahu agak berat kalau ambil yang ni tapi entahla, aku rasa chemical science okay daripada chemical engineering tapi tapi tapi kalau ambil sains fizikal aku memang akan belajar Physics juga, berdasarkan blogger yang pernah masuk la . WAHAHAHA terjerat. 

setakat yang aku tahu program asasi yang ada tawarkan sains fizikal hanya ada 3 Universiti je. UNIMAS, UIA, and UM. *betulkan kalau salah.
Unimas ni jauh sangat kena naik flight nak pergi sana, jap unimas ni Universiti Malaysia Sarawak kan? haa betul la, naik flight tu memang best la khann, tapi yela jauh sangat lagipun aku tak pernah jejak lagi di bumi kenyalang.
 Universiti Malaya ( UM ) ni pulak , emm, aku rasa aku dah memang automatik tak layak. HAHAHAH bukan sebab apa tapi nak masuk situ tu bukan calang calang orang, straight A's baru boleh aku rasa. nak kata aku dapat straight A's ni agak...... hahahahaa.

 UIA ni pula syarat kelayakan dia agak memberansangkan tapi aku kena tengok result juga, besides, U ni ada bahasa Arab so boleh belajar la kan kann and ikhtilat terjaga. aku cakap macam tu sebab aku baca daripada banyak blog and semua cakap benda yang sama, pergaulan dia terjaga sebab ada cik guard yang boleh saman kalau tak ikut rules dia.
aku tahu kalau ambil asasi kena ada komitmen yang tinggi sama macam matriks sebab belajar in one year only, 2 tahun tu ada tapi sekarang aku nak focus pada 1 tahun dulu. asasi ni kalau tak dapat pointer minimum kena kick kalau tak silap aku, macam matriks la.
 
matrikulasi ni aku rasa hampir sama macam STPM sebab lepas dah habis study dorang boleh pilih mana mana U nak sambung degree and of course ada syarat kelayakan dia.

IPG ni pula Institut Perguruan, so siapa nak jadi cikgu dipersilakan mengisi maklumat anda ye. laman web dia apa ? click here tengok kat bahagian tepi sebelah kanan tu okay.

kalau untuk diploma pula, jangka masa dia agak lama selama 3 tahun, tapi merangkumi semua praktikal and sebagainya. berdasarkan 'penyelidikan' aku dari blog blog lain, diploma ni guna ptptn rasanya and tak ada elaun. aku tak ingat ah, tapi macam tu la kud,* anyway tolong bagitau kalau aku salah bagi maklumat ni.Asasi dengan matriks dapat elaun, i dont remember how much tapi akan dapatla.

aku ni bukan la seorang yang berkalibel dalam bab ni, baru lepasan SPM derr, LOL, so seandainya maklumat aku tulis ni agak menyimpang tolong bagitau, kalau tak nanti jadi syiah. hahahaha.

HOWEVER, okay fine, aku saja uppercase-kan however tu nak tunjuk entry aku dah nak habis. hahaha. ulang balik, HOWEVER, kita hanya merancang, Allah yang menentukannya.  Niat belajar kena betul, tak nak masuk U tu sebab tak famous la apa la, haa niat dah tersasar jauh dah. . walau kat mana pun kita sambung belajar, kat U ni ke U tu ke bersyukur sahaja la dan ilmu yang kita dapat tu boleh la kita gunakan sehabis baik. kalau niat betul insyaAllah, Allah permudahkan segala urusan nanti.

till then.

p/s :
aku ni bukan la seorang yang berkalibel dalam bab ni, baru lepasan SPM derr, LOL, so seandainya maklumat aku tulis ni agak menyimpang tolong bagitau, kalau tak nanti jadi syiah. hahahaha.


8 comments:

Hidayah Suhailee said...

yaya bingung nak isi upu tuh.. erk.. :(

Aina Ayunie said...

@Hidayah Suhailee saya tak isi lagi hahaha, tunggu lepas result baru decide betul betul. yaya dah isi hehh.. ?

Unknown said...

Menghitung hari nak ambik result eah..good luck dik..

Aina Ayunie said...

@syu hada terima kasih banyak banyak akak... hee

Amelia said...

wa thanks for the explanation. sbb sy mmg blur gila baban upu matrikulasi ape kebenda semua ni xD

Aina Ayunie said...

@Mialia Amelia haha, welcome. tapi kalau nak tahu lagi mendalam kena search la.. haha

Hidayah Zulkefli said...

good luck ye. Tapi kan, kwn akak ada je dapat sains fizikal kat UM even dia x straight A's. Dan dia perempuan. Bkn laki

Aina Ayunie said...

@Hidayah Zulkefli Thanks akak. ohh boleh heh. okay okay, saya search belaka kata kena straight. haha, besides,kat sekolah saya dpt straight A's masuk UM. apa pun thanks akak.